Dua cara untuk dapat website portfolio
Ada dua jalan. Anda bina sendiri, atau anda upah orang untuk bina. Dua-dua boleh jalan. Yang beza ialah duit, masa dan hasil akhir.
Saya pun pelajar, jadi saya faham bajet setiap orang tak sama. Di bawah ni saya pecahkan kos untuk kedua-dua cara.
Buat sendiri: jimat duit, guna masa
Builder percuma seperti Google Sites boleh terbitkan website tanpa bayar apa-apa. Kalau anda tahu sedikit coding, GitHub Pages pun percuma.
Apa yang anda "bayar" dengan cara ini:
- Masa. Pilih template, susun bahagian, tulis ayat dan pilih gambar. Kalau ini kali pertama anda, bersedia untuk luangkan masa yang agak lama.
- Nama domain. Builder percuma biasanya beri alamat yang panjang di bawah nama mereka. Kalau anda nak alamat sendiri, contohnya namaanda.com, anda perlu beli domain dan bayar setiap tahun.
- Kemas kini. Setiap kali ada projek atau anugerah baru, anda sendiri yang update.
Cara ini sesuai kalau anda suka design, ada masa lapang, dan selesa dengan rupa template.
Upah HIETech: harga jelas, siap cepat
Kalau anda nak terus ada website yang kemas tanpa belajar design, ini harga pakej website portfolio HIETech:
| Pakej | Harga |
|---|---|
| Student | RM199 |
| Basic | RM299 |
| Pro (pakej utama) | RM549 |
| Premium | RM999 |
| Maintenance | RM99 setahun |
Semua pakej siap dalam 3 hingga 5 hari bekerja. Saya bina sendiri, dan bila anda WhatsApp, saya terangkan beza setiap pakej ikut apa yang anda nak tunjuk dalam portfolio.
Nak tengok hasilnya dulu? Ini dua website portfolio yang saya bina: harith.hietech.my dan isabelle.hietech.my.
Apa sebenarnya yang anda bayar
Bila anda bayar untuk website portfolio, anda sebenarnya bayar untuk:
- Design yang kemas dan senang dibaca di telefon, sebab orang mungkin buka link anda dari WhatsApp atau LinkedIn di phone.
- Struktur kandungan: bahagian apa yang patut ada, dan dalam susunan apa. Baca apa yang perlu ada dalam website portfolio untuk senarai penuh.
- Masa anda sendiri yang dijimatkan, untuk belajar atau mohon kerja.
- Maintenance, RM99 setahun di HIETech. Tanya apa yang termasuk sebelum anda bayar.
Soalan yang patut anda tanya sebelum bayar sesiapa
Tak kira siapa yang anda upah, tanya lima soalan ini dulu:
- Domain dan website ni atas nama siapa?
- Berapa kos setiap tahun selepas tahun pertama?
- Boleh saya update kandungan sendiri, atau kena minta setiap kali?
- Apa jadi kalau saya berhenti bayar maintenance?
- Berapa hari bekerja sampai website live?
Jawapan yang jelas untuk soalan-soalan ni elakkan kos tersembunyi.
Jadi, mana satu untuk anda?
- Bajet ketat dan ada masa? Cuba buat sendiri dengan builder percuma dulu.
- Nak cepat dan kemas untuk mohon internship atau kerja? Upah, dan pilih pakej ikut berapa banyak yang anda nak tunjuk.
- Tak pasti? WhatsApp saya. Saya tengok apa yang anda ada dan cadangkan pakej yang sesuai.