1. Pengenalan ringkas di bahagian atas
Dalam dua atau tiga ayat, beritahu siapa anda, apa yang anda belajar atau buat, dan apa yang anda cari.
Contoh: "Pelajar tahun akhir Ijazah Perakaunan, mencari internship dalam audit." Orang yang baca patut faham terus, tanpa perlu scroll.
2. Projek, dengan peranan dan hasil
Untuk setiap projek, tulis:
- apa masalah atau tugasan
- apa peranan anda sendiri, lebih-lebih lagi kalau kerja berkumpulan
- apa yang anda hasilkan, dengan link atau gambar
- apa yang anda belajar
Kalau ada hasil yang boleh diukur, contohnya bilangan peserta program atau kedudukan dalam pertandingan, letak. Pastikan ia betul dan boleh dibuktikan.
3. Pengalaman kerja dan aktiviti
Masukkan internship, kerja part-time, jawatan dalam kelab atau persatuan, dan program sukarela. Susun dari yang paling baru. Satu atau dua ayat untuk setiap satu sudah cukup.
4. Pencapaian dan sijil
Anugerah, Anugerah Dekan, pertandingan dan sijil kursus. Kalau ada link pengesahan, contohnya untuk sijil online, letak sekali supaya orang boleh semak sendiri.
5. Kemahiran
Senaraikan kemahiran yang betul-betul anda guna, dan sebut di mana anda gunakannya. "Excel" lebih meyakinkan bila disertakan dengan projek yang guna Excel.
Elakkan peratus atau bar kemahiran yang tiada asas. Senarai pendek dengan bukti lebih berguna.
6. Resume yang boleh dimuat turun
Letak butang untuk download resume dalam format PDF, dan pastikan ia versi terkini. Tulis tarikh kemas kini supaya orang tahu ia baru.
7. Cara untuk hubungi anda
Letak email yang profesional, sebaiknya guna nama sebenar anda, link LinkedIn, dan kalau sesuai, butang WhatsApp. Pastikan setiap link berfungsi.
Susunan yang disyorkan
Letak bahagian paling kuat anda di atas. Kalau projek anda paling menarik, letak projek terus selepas pengenalan. Kalau pengalaman internship anda paling kuat, dahulukan pengalaman.
Orang yang sibuk mungkin tak scroll sampai bawah, jadi yang penting mesti nampak dulu.
Kesilapan biasa yang patut dielak
- Terlalu banyak teks tanpa tajuk kecil
- Link yang rosak atau tak boleh dibuka
- Maklumat lama, contohnya status "sedang belajar" walaupun dah tamat
- Gambar terlalu besar sampai website lambat dibuka di telefon
- Tiada cara yang jelas untuk hubungi anda
Semak sebelum anda share
- Buka di telefon dan pastikan semua senang dibaca
- Tekan setiap link dan butang
- Baca semula untuk ejaan
- Pastikan resume ialah versi terkini
- Minta seorang kawan tengok dan beri pendapat
Contoh website portfolio yang ada bahagian-bahagian ini: harith.hietech.my dan isabelle.hietech.my.
Nak tahu kos untuk buat satu? Baca berapa kos buat website portfolio untuk pelajar.